Monday, February 27, 2012

..::Placenta Previa::..


Hallo readers,
Thanks ye kepada semua yg mendoakan keselamatan baby cikkin. Moga Allah memberi kekuatan kepada baby cikkin utk sembuh juga kekuatan utk Cikkin dan suami untuk menghadapi dugaan yang maha Esa. Insyaallah..

Ok, ade reader yang bertanya apa dia Placenta Previa. Wawa pun mmg carik jugak details tentang isu ni. Sebab masa warded haritu pun ade katil depan wa tu dia case Placenta Previa ni la. Tp tengok dia sihat je, elok je jalan2, makan selera. So ape yg wa jumpa masa men’google tentang placenta previa + dengan pengalaman kawan-kawan ini ade beberapa info dari keratan artikel yang boleh dikongsikan :-


Pic Kiri : Normal Placenta - Pic Kanan : Placenta Previa

Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
  • Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.
  •  Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
  •  Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
  •  Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
  • Pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).
  •  Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.
  • Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
  • Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Sumber dari : MyPermatahati.com

Untuk artikel lengkap korang boleh refer kat web tu terus ye.


4 comments:

makcik rokiah said...

thnx 4 d info cikkin :)

makcik rokiah said...

ya allah...ingat nama kamu cikkin sorry wawa hehehee...

dasar bace x abes nih! :D

CikNaa said...

serius seram bace psl ni. rasa mcm nyawa di hujung rambut aje. smoga dpermudahkan. amin..

aTy _faRed~ said...

takut gak bace..tapi dokter akan tau dari awal2 pegnan kan...hurrmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...