..::Wawa Yusoff::..: ..::Jilatannya adalah suci::..

Tuesday, January 11, 2011

..::Jilatannya adalah suci::..

 Tajuk entry kelihatan agak mendorong reader untuk klik dengan pantas.
hahahha. kene tipu! nenenene :p
 
Kucing (Jawi:کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecildari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felissilvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba,di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yanglain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yangpaling terkenal di dunia.

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa NabiMuhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatangyang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," 
[Hadis RiwayatAt-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan Saidina Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucingtermasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidakada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya, yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, iamemberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.
Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yangberkeliling." 
 
Saiditina Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing
[Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anakkucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.


koneng. wa syg sangat koneng. 

nama : goleo @ koneng
unur : 4 tahun ++
tempat lahir : rawang
makan kegemaran : durian, aiskrim vanila, sardine.
kadang2 tu bile x de makanan gaul kan nasik ngan minyak masak pun ok. dia makan.

mempunyai masalah badan dia kerap naik bisul and meletup2. dari kecik sampai da tua mcm ni pun masih lagi mempunyai masalah yg sama
sangat alergy dgn minyak gamat. nampak botol minyak pun da beketintau lari. hahaha

hari-hari buat muke mcm mintak kena tampar :)


1 comment:

farahfatihah said...

wahhh thanks for the info yah!! baru tau