..::Wawa Yusoff::..: ..::Awak tidak diberi masa::..

Sunday, October 31, 2010

..::Awak tidak diberi masa::..

kelmarin saya mendapat panggilan telefon. dari dia yang sgt saya kenal selama 6tahun. Ye, jika 6thn dulu mmg panggilan kamu lah yang  saya tunggu. Tapi bukan sekarang. honestly, i felt very hard to pickup your call. but then, i have to.


~Surat Untuk Dia~

"alhamdulillah, kehidupan awak semakin baik. dan saya harap akan menjadi semakin baik. kita semua TAKPERNAH tau apa yang dirancangkan olehNya. namun saya pasti setiap perancangan adalah yang terbaik. Sejujurnya, saya mengaku. saya bersyukur dengan kehidupan yang saya peroleh sekarang.

Awak, mcm mana pun ungkapan penyesalan dan rindu yang awk khabarkan pada saya. Saya hanya boleh mendengar. Tidak ada perasaan yang boleh saya ekspresi kan utk awk. Kerana perasaan itu mmg telah HILANG.

saya minta maaf kerana x dapat menyatakan kerinduan seperti mana yang awk nyatakan pada saya. Bukan masa yang sesuai dan BUKAN satu KEPENTINGAN untuk kita menyatakan semua perkara tersebut sekarang. Andai kata-kata itu PERNAH kita ungkapkan dari hari ke sehari, kini tidak lagi dan ia TAKKAN berlaku lagi.

Awak, Pertunangan saya adalah dengan kerelaan hati saya. Apepun yang terjadi antara kita bukan menjadi sebab untuk saya wujudkan rasa dendam ke atas kaum adam seperti awk dan juga dia. Keikhlasan hati dia untuk menerima dan mengambil saya sebagai teman hidup adalah satu rahmat dariNya. saya sgt bersyukur awk.

Awak menyatakan kekesalan dan kelewatan kerana menunggu terlalu lama untuk memberi masa atas apa yang terjadi. Sbenarnya, awak x lambat... awak cuma tidak diberi masa dan peluang untuk itu semua. Awak, move on with your life and do not turning back. U told me, for the time being, I am the best. but i'm sure you will find the best and better.


Awak, kalau pusing ikut mana pun cerita kita.,
Ia berlaku atas kesilapan dan kesalahan awak sendiri"


~Lontar kan surat ini kepada angin agar dia mengetahui isi nya~



No comments: