..::Wawa Yusoff::..

Monday, September 27, 2010


Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. 
Seseorang yang tidak tahu merasa marah tidak boleh disebut penyabar, 
karena dia hanya tidak tahu marah. 
Sedangkan seorang lagi yang sememangnya pemarah
tetapi mengawal kemarahannya untuk berlaku baik dan adil 
adalah seorang yang berjaya menjadikan dirinya bersabar. 

Dan bila anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, 
Anda sangat tepat, 
kerana kesabaran kita diukur dari kekuatan kita.
kemampuan kita mendahulukan yang benar dalam perasaan dan
mengajar kita bertindak melangkaui batasan kemampuan diri.

~ Mario Teguh~


 

anda setuju dengan petikan di atas??? wawa sgt setuju ok.!!
ye, wawa mmg seorang yg pemarah. sangat.
tp bila mrh, wawa memilih utk menangis
bila sedih wawa pilih utk keluar bergembira.

kenapa??

pertama, bila marah, perasaan kita susah nak kawal. kalau kita teruskan bercakap tanpa sedar kita akan tinggi suara. so, better diam (walaupun sakit) then lepas tu pegi nangis. confirm lepas tu ok. try la.. hehe

Bila sedih atau berduka lara, wawa akan pegi tgk wayang, men bowling, menyakat aqil, lepak taman atau buat apa sahaja yang boleh buat diri ni ketawa.. Seboleh - bolehnya akan mengelak diri utk menangis waktu sedih. sebabnya, bila sedih dan kita tanpa sedar akan terus mengikut perasaan tu yang mengundang rasa kecewa. Jadi kenapa nak ada rasa mcm tu dan terus meratap hiba bagai kan..?? Bangunlah..!! do something and not just crying out loud. Apa yang jadi tu dah memang jadi.. Jadi, kita Fokus la kepada apa yang akan terjadi. Kerana kita sendiri boleh tentukan sesuatu tu untuk jadi mcm mane...

Tapi kita hanya mampu merancang..Tuhan yang menentukan.. seandainya sesuatu perkara itu terjadi tidak seperti yang anda rencanakan.... Back to Basic... Sesungguhnya..  
Perancangan ALLAH adalah yang terbaik..




*Peace yo*




No comments: