..::Wawa Yusoff::..: ..::Rumput::..

Wednesday, August 18, 2010

..::Rumput::..

meh muhasabah diri sikit :)



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.



Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita
              sayang? Macam  mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
            Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
            Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,
            pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.
            Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut.
            selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ
              saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik
              tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan
              sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
              Tapi sampai di penghujung padang ,saya tak jumpa pun yang paling cantik
              Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
              boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya--------
            Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
            janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
            Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
            Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku 
            tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
            Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
            keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
            menggugat perhubungan tersebut.
            Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
            pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik
            seperti rumput tadi.




*PS : saya telah dipertemukan dengan yang terbaik.
         seandai nya yang terbaik itu bukan untuk saya,
         maka saya akan teruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang lagi...



---------------Saya hanya mampu berdoa agar ditetapkan hati kami---------------


No comments: