..::Wawa Yusoff::..: ..::Lelaki Cantik & Perempuan Gagah::..

Saturday, August 7, 2010

..::Lelaki Cantik & Perempuan Gagah::..


LELAKI CANTIK
lelaki cantik yang saya sebutkan disini bukanlah dari segi fizikal mahu pun penampilan..
apa yg wawa ingin kongsikan disini adalah kecantikkan lelaki dari segi kerohanian...

Lelaki cantik yang di maksudkan adalah..
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki adalah terletak pada hati..
Secantik-cantik lelaki adalah sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W.


PEREMPUAN GAGAH

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



No comments: