..::Wawa Yusoff::..: ..::Si Aquarius::..

Tuesday, January 19, 2010

..::Si Aquarius::..



...Salam all...



Memandangkan esok adalah 20 januari.. Maka bermulah kehidupan seorang individu yang berbintang AQUARIUS

Oleh kerana wawa berbintang aquarius, maka sangatlah terujanya saya ketika menge'post' link ini... hehehe

Mari kita lihat sifat wanita berbintang air ini... (",)



20 jan - 18 February


Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air).
meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat memberontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.


Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

(mendatangkan bencana..?? Malang kot..)

Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan. Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun wanita Aquarius sangat setia orangnya
(saya sangat setuju dengan perenggan ni-- ngeeeeee~)




Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei – 20 Jun).


Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).




AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.
Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.
(yang ni x pasti... kena tanya pn.boss saya.. hehe)




**P/s : ini semua adalah ramalan/kajian.. **



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



To ALL AQUARIUS

**HAPPY BIRTHDAY**







No comments: