..::Wawa Yusoff::..: ..::Fasa Kehidupan::...

Thursday, November 12, 2009

..::Fasa Kehidupan::...

..::Jangan Pernah Menutup Hati::..

Urrmmm..kenape ini tajuknye utk post kalini..? Menyedari bahawa telah mendapat kekuatan untuk berkongsi coretan dan catatan kehidupan yang telah ditentukan.. Kehidupan wawa semakin tenang.. alhamdulilah.. semuanya telah ditunjukkan dan kehidupan wawa telah dipermudahkan..

Dikhianati & dicurangi satu fasa kehidupan percintaan yang dilalui telah mematangkan jiwa dan pemikiran insan dalam kehidupan…

Di pertemukan dengan sesorang lelaki yang mengajar erti kehidupan tentang percintaan… seorang kawan baik yang menjadi separuh daripada kehidupan .. mengajar ape itu cinta dan rindu.. Kehidupan bersamanya merupakan pengalaman yang sukar dilupakan tetapi akan TETAP dilupakan.. pahit manis perhubungan merupakan agenda hidup manusia yang sedang bercinta…

Seorang yang sangat disenangi oleh rakan – rakan dan keluarga.. Hadirnya dia dalam kehidupan kami merupakan teman baru yang sangat menyeronokkan dan menyenangkan..

Tetapi..... Dimanakah silapnya???? kepercayaan yang tiada batasan telah memakan diri.. Tapi kenapa???? Salah ke kita percayakannya..????? Sejujurnya… itulah adalah kesilapan & kesalahan terbesar wawa dalam hubungan… Mengabdikan diri pada hubungan yang sangat berharga, berkorban hati dan perasaaan hanya semata – mata untuk memberikan yang terbaik kepadanya... Bukan sekali dikhianati tetapi hanya percaya pada diri bahawa dia akan berubah…

TERNYATA… Dia telah BERUBAH……

Mengecewakan apabila perubahan yang berlaku kepadanya adalah perkara yang membawa kepada keburukkan hubungan…. Adakah itu inginnya…?? Dia telah membuat pilihan…. Adakah maaf untuknya???? Nyata sekali TIADA……. 6 tahun merupakan pengalaman yang banyak mengajar wawa asam garam kehidupan percintaan… Terlalu menyakitkan apabila cerita kehidupan telah diputarbelitkan…

Namun….apakah kebenarannya.. ??? Hanya yang maha kuasa bisa menjawabnya….

Kini, wawa tersenyum…Berjanji pada diri untuk terus tersenyum… Xkan ade lagi tangisan utk org yg sepertinya… Semuanya terjadi atas kehendak yang maha Kuasa.. Yakin bahawa setiap yang terjadi adalah yang terbaik untuk diri ini… Kehilangannya telah memberikan kehidupan baru buat wawa.. Lebih menyeronokkan dan menggembirakan.. Lebih baik dari apa yang disangkakan...

Dia…….

hanyalah sebahagian daripada dugaan kehidupan…..


No comments: