..::Wawa Yusoff::..: ..::Doa buat Kekasih::..

Monday, November 30, 2009

..::Doa buat Kekasih::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Tuhanku…….

Seandainya telah kau takdirkan dia
milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku….
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi… DAN….

Tuhanku….

Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini
ke tepian yang sejahtera….

TETAPI

Tuhanku yang maha pengasih….
Seandainya telah ditakdirkan dia bukan milikku….
Bawalah dia jauh dari pandanganku, luput dari ingatanku…DAN…
Peliharakanlah aku daripada kecewa…..SERTA…

Tuhanku yang maha mengerti…..

berilah aku kekuatan melontar bayangnya
ke dada langit, hilang bersama senja merah dan gelap pekat awan…
agar aku rasa bahagia tanpa dirinya….. DAN…

Tuhanku yang maha pencipta….

Gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya,
Biar sekuat mana pun aku menyintai dirinya…
aku pohon agar Tuhanku melenyapkan perasaan ini sekiranya
dia ditakdirkan bukan milikku…..

TETAPI…..

Sekiranya dia ditakdirkan untuk ku…..
Ku pohon perkuatkanlah kasihku padanya
selagi tidak melebihi kasihku padaMu…..


-AMIN-

Semoga dengan izin Tuhan kita bertemu JODOH yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz….dan sekiranya ditakdirkan JODOH itu bukan seperti yang kita
impikan, atau pun bukan pasangan kita dimasa sekarang….terimalah seadaanya..kerana ALLAH MAHA SEMPURNA untuk menilai apa yang terbaik untuk kita…..jangan ada rasa benci atau putus asa…kita tak mungkin tahu apa tujuan kita dijodohkan dengan seseorang..tapi jawapan itu ada pada Tuhan yang telah menetapkan JODOH kita untuk bersama seseorang dan menyempurnakan serta melengkapi antara satu sama lain…..

..::INSYAALLAH::..


No comments: