..::Wawa Yusoff::..

Tuesday, April 11, 2017

..::Pengalaman Manis Sebagai Breastfeeding Mommy::..

💕 ASSALAMUALAIKUM 💕

Bismillahirrahmanirrahim...

-Pertama sekali, entry ni tiada tujuan untuk riak, menunjuk atau apa sahaja yang dianggap takbur-

Alhamdulillah, allah beri aku peluang dan ruang untuk aku berkongsi tentang pengalaman menyusukan anak buat kali kedua. Dan, nak tau tak, breastfeeding moment adalah yang paling tak sabar untuk aku lalui. masa pregnant tu memang orang kata tu excited sangat untuk menyusukan anak. walhal budak dok elok dalam perut lagi. hehehe

Elman Mikhael berjaya aku susu kan sampai 3yr++. Nak wean Off yang penuh dengan drama pasal mak nya dah pregnant dia masih dok gayut lagi. Ade banyak cerita wean-off aku share dalam blog ni. Rajin2 lah belek. So, untuk Hanan Mukhriz ni of course aku over excited sebab rindu giler! heheheh

Aku agak struggle nak susu kan adik Hanan masa kat hospital sebab dia tak berapa pandai nak latch sangat, even sampai kat rumah pun amik masa 3-5 minit jugak nak ajar dia latch. Almost sebulan tau begitu. Ahahaha. Tapi dia ok je, dah latch tu pandai lah dia gayakan nak sedutnya. Dan aku start mengepam seawal hari ke-4. Biar lah orang nak kata cara aku tu salah ke ape sebab colostrum banyak yang aku keluarkan instead of bagi kat anak. Tapi kalau aku tak pam memang nangis lah tahan bengkak. silap2 boleh jadi demam. Bahaya woo demam time pantang. ha, yang tu ada cerita nya. nnt aku cerita

Aku bersyukur banyak sebab memang jadikan susu aku terlebih dari cukup untuk Hanan Mukhriz. Memang betul aku amalkan set bersalin Shaklee tapi aku tak amik Alfalfa untuk milk booster sebab Hanan jaundice lama. Sampai hospital declare prolonged jaundice. Even sampai sekarang pon aku masih belum mula amik alfalfa. Tapi vitamin2 shaklee yang aku consume tu memang sangat membantu jugak memperbanyakkan susu. Ostematrix buat badan aku relax, xde sakit2. B-complex + Vitalea buat aku tak letih, aku jarang sangat2 tidur siang. So bila badan kita segar tak stress, penghasilan susu tu pun semakin baik dan lancar.

Konsepnya gini, rajin pam, tenang, makan yang sihat2, jangan stress!


Ibu menyusu mana yang tak bahagia bila dapat menunaikan hak si anak. ya Allah.. setiap titik susu yang kita beri pada si anak pahala allah dah janji. Ikhtiar itu penting, biar lah sikit macam mana pun, yang penting kita ikhtiar, sentiasa cuba beri yang terbaik untuk kesayangan. Allah taknak tengok hasil, dia nak tengok usaha. Doa banyak2 supaya rezeki sentiasa ada.

Masa kemas fridge, update stock Hanan, ada lagi sebesen dah aku tuang ke sinki. dalam 135oz macam tu. tu pon fridge masih penuh. Memang takde simpan pakai botol dah. 100% guna plastic EBM storage. huhuhu. lauk2 memang tak boleh simpan dah. Nak masak baru beli. 

Pengalaman menyusukan Hanan (buat  masa ni) jauh beza dengan si Elman. Mikhael cukup senang nak disusukan tapi Hanan Mukhriz ni memang buat mommy nya GRRRRR! Kalau kata dia taknak minum memang dia takkan minum! sampai keras2 badan nya menolak untuk disusukan. Boleh kata dia budak yang susah nak direct feeding. Kalau duduk rumah dengan dia weekend pon aku boleh pam sampai dapat 10oz sekali pam.


Ok, ni gambar masa Hanan 5 bulan. lepas dah banyak stok EBM keluar sejak Hanan dah masuk sekolah. Ade dah ruang untuk mommy simpan sikit2 stok lauk. hehehe

Jauh lagi perjalanan penyusuan mommy untuk Hanan Mukhriz. in shaa allah moga diberi kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah. Aku tak beli deep freezer, aku ada mintak advice klinik isu ni.

Pendapat diorang Susu ibu hanya menjadi KEPERLUAN UTAMA sepanjang 6 bulan sahaja. selepas pada tu MESTI top-up dengan makanan dan keperluan lain untuk pembesaran dia. So, pemahaman aku, kita boleh fikir dulu keperluan anak di mana. Apa yang di katakan exclusive breast feeding adalah pada 6 bulan pertama sahaja. selepas pada tu bila anak dah makan macam-macam tiada lagi istilah EXCLUSIVE tu. hehehe.

Ada yang target nak menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih, Pendapat aku, bila anak dah start makan or minum susu FM, masih tak boleh susu kan ke? terus stop ke? TAK KAN??? kita masih lagi boleh breastfeeding dengan cemerlang sehingga 2 tahun atau lebih, tengok macam kael tu. sampai 3yr++ 🙈

Jadi, pada aku... Muhasabah diri balik tujuan korang menyusukan anak dan pam susu. keperluan anak dan sebagainya. kita nak susu kan anak, bukan peti ais. sebab tu aku tak ralat susu terbuang sebab takde deep freezer. hehehe. tapi lain orang lain keperluan dan pendapat. Ini adalah pendapat dan pandangan aku sendiri.

Alhamdulillah sampai sekarang aku masih menyusukan Hanan, tapi kat sekolah aku dah hantar FM start hanan umur setahun. Ada banyak sangat drama mommy menyusukan dak hanan ni, menitik air mata tau. huhuhu. berdarah segala. Hanan banyak taring!!!

Moga aku dapat susu kan Hanan Mukhriz sehingga 2 tahun atau lebih, amin :)

Penyusuan susu ibu dengan Set menyusu Shaklee aku consume sejak dari elman umur 4 bulan. Alhamdulillah memang sangat berpuas hati,


SET KEHAMILAN = SET MENYUSU

Shaklee supplimen yang paling BERBALOI aku consume, mengandung dan menyusu boleh guna set yang sama, so masa mengandung makan dah bersalin pun teruskan makan, tak perlu nak beli-beli lain dah. untuk ibu menyusu yang nak tingkat kan production boleh add-on alfalfa.

If anyone nak cuba shaklee, or belikan untuk isteri sebagai tanda sokongan ke arah penyusuan susu ibu, do contact me. i'll guide u cara pengambilan yang betul untuk mendapatkan hasil penghasilan susu ibu yang terbaik!

Monday, April 10, 2017

..::Redakan suhu demam Anak dengan Young Living::..

💜 ASSALAMUALAIKUM 💜

Young Living Essential Oil

sebut pasal essential oil (EO), memang tau lah kan natural remedies & organic stuff. Lama dah aku praktik kan penggunaan YL ni untuk anak-anak. dan penggunaan ubat - ubatan yang semakin kurang. Bukan anti ubat, TIDAK dan LANGSUNG TIDAK. Tapi kalau ikhtiar dengan cara yang lebih selamat, why not kan?


Lemon Lavender Peppermint (LLP) EO wajib yang ada kat setiap rumah sekiranya korang ada anak bawah umur 6 tahun. Kalau demam, or demam panas LLP ni sangat membantu. Last month, hanan demam dan memang sedia maklum Hanan kalau demam tak 3 hari tak sah. lepas tu suhu dia hanya akan reda bila makan ubat je, habis ubat suhu dia pun naik mencanak cecah 39++. ye, itu lah hanan.

So, hari tu masa dia demam sangat panas, malam kami bagi dia makan ubat, habis ubat dalam 5 pagi dia naik lagi panas dan start vomit, ye memang hanan lah tu kalau begitu. last dia makan ubat 5 pagi, lepas mandi pagi tu aku terus start oiling LLP dan kalau ikutkan lebih kurang pukul 10-11 akan naik panas (sepatutya lah bila ubat habis) alhamdulillah sampai ke petang tak naik panas. pukul 3 pm lepas makan camtu, aku oiling lagi, pukul 8 malam, oiling lagi dan dia terus kebah. syukur. tak perlu makan ubat. 1 hari setengah lah lebih kurang dia punya tempoh demam tu dan suhu terkawal.


Selain dari ubat dan oiling. NUTRIFERON ni memang wajib aku on kat dia seminggu sekali, dan bila dia demam straight 3 hari aku ON untuk dia. masuk dalam air minum macam tu aje atau kadang tu aku bancuh sekali dengan susu dia. Dan nutriferon ni memang banyak sangat membantu dalam kesihatan anak-anak. Kalau aku demam or tak sihat, baru ni batuk teruk, nutriferon ni aku telan straight from sachet, takde bancuh2 air. lagi cepat san senang. hehehe


KENAPA AKU PILIH NUTRIFEON??

Nutriferon diekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago di mana kombinasi 4 tumbuhan ini mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon mengandungi sejenis protein semulajadi dalam badan iaitu interferon yang bertindak sebagai pencetus atau pemberi respon kepada sistem imunisasi badan untuk menentang serangan virus

Interferon menguatkan sistem imunisasi dengan memberi respon yang cepat kepada sistem imunisasi semulajadi badan. Ia seolah-olah mengejutkan sistem imunisasi kita dari tidur untuk terus melindungi tubuh kita

  • Manfaat Nutriferon:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Nutriferon merangsang dan mempertingkat sistem imun tubuh dengan mengerah sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi tubuh dari influenza
  • Meringankan stress & kelesuan
  • Melambatkan penuaan
  • Mengurangkan infeksi penyakit Hepatitis B & C
  • Mengurangkan kesan PMS dan menopaus


Wednesday, April 5, 2017

..::Hormon swing, kulit hitam dan kusam::..

💜 ASSALAMUALAIKUM 💜


2,3 minggu ni agak stress tengok muka sendiri. kulit kusam hitam! 

ahahahaha.

pastu tak puas hati pi tanya mirzal, pastu dia angguk cakap aku hitam.

kwaja...ni.. kawajaaaa... amik lah hati i olss sikit yang oiii..!!

kicik hati i tau.. huhuh.

So, nak pakai skin care apa ni bagi glowing2?

gitewwww 😜


Stress tengok muka sendiri.

bye.



Friday, March 31, 2017

..::Dating with hero @ Superhero cafe Sunway Putra Mall::..

💜 ASSALAMUALAIKUM 💜


💙💜💛💚💙💜💛💚

LAST WEEK. CUTI SEKOLAH. JUMAAT.

Tak plan pun nak bawak si abang ni datang office mommy, tapi memikirkan dia takde aktiviti sangat kat tempat transit tu, kesian lah pulak. tepu gamak nya dia nanti. so bawak lah abang mika datang office teman mommy.

Jumaat kan lunch hour panjang, so bawak dia ke Sunway putra mall. dah berpusing merata tingkat, pow mommy famous amous 😑 teman mommy pegi SASA sebab tengah sale, pastu tak tau nak bawak dia makan kat mana 😂

Dya dengan angeline dah pi jalan dulu lah cari tempat makan, bawak kael ni kena pikir panjang, salah masuk kedai apa pun dia taknak telan. so bila tanya kael nak makan apa? dia jawab "aek nak makan tedai betmey..."

oklah... moh ler kiter.....


Suka sangat batman, beg sekolah yang dia sandang tu pun kepala batman tau 😂


Kopi Americano. sedap! pekat likat. segar je rasa.

 
Spaghetti olio. rasa dia so so je. tak repeat dah kot menu ni. tapi orang cakap burger kat sini sedap. next time lah pulak. kael tekak dia suka pasta, ikutkan dia lah ni, kalau tak memang aku order burger.

Chocolate. apa ntah nama nya. sedap to so so.. ahahaha. macam mana eh nak describe. ermmmm... serbuk cocoa + fresh milk. ha. gitu jela. ok lah kat tekak aku sebab aku memang suka fresh milk. hehe.

1st time aku berjalan shopping dengan kael berdua. tak memasal budak tu kena ikut mommy beli span bedak segala... yelah, masuk SASA lah kata.... dah sah2 syurga dunia perempuan. Walaupun.... me not so perempuan sangat...... bagi lah cannnnn 😝

Berjalan dengan kael, ok lah. tak susah sangat, tak banyak ragam, belikan makan yang dia suka pastu dia ikut jelah mommy dia ni... hehe. Besar dah abang mika, banyak dah yang mommy boleh harap kat dia. bab jaga adik memang mommy tak risau, nampak je adik buat bukan-bukan cepat je dia pegi tegur, angkat adik dia or amik barang yang bahaya dari adik dia...

I LOVE U ABANG MIKHAEL.
Buah cinta pertama mommy ayah. 💜


Settle serbe sedikit update cerita kael, bab Hanan??? ada ceritaaaa.... kepala lebam, koyak berdarah. 😅

nanti lah mommy cerita, anak mommy yang semetot cute ketot tu memang banyak akal. hehehehe


till then, bye 💋

Thursday, March 30, 2017

..::Design Baju Group Blogger Gojes Supermom & baby GBSB::..

 💜 ASSALAMUALAIKUM 💜

Belum family day, aku dah update gambar baju.

POYO TAK??

Mak tak kesahhhhh 👅
.
.
.
.

Tahun ni ada peluang nak join GBSB punya family day. dah 3 tahun buat baru ko mampu nak join wa?? Ko buat apa selama ni dalam group?

KAHKAHKAHKAH!!!

Di sebabkan kita rasa macam semangat nak join, dan nampak diorang tak dapat nak design baju memandangkan 2 orang kreatif yang dalam group tak dapat join. suhaida & ekin jamal. So, aku ni tetibe tak malu offer diri. ko bajet ko kreatif sangat ke wa??? 😏

Mak mimi decide warna hitam & gold. sangat menarik sebab warna ni memang naik dan mengancam!! tetibe kepala hotak aku keluar idea puzzle sebab konsep aku gathering. gi tulah konon.... 

Puzzle kan... dari caca marba bila cantum elok2, jadi sempurna. camtu lah aku bayang untuk group kami ni. Semua blogger mak-mak duduk dalam satu group dari pelbagai latar belakang, tapi bila sama-sama untuk berurusan, semua nya jadi elok. i like mereka sangat. 1st time jumpa pun macam dah kawan dari sekolah. walhal? nama pun kadang2 paksa cuba ingat 😝😝😝




ini konsepnya. dan selebihnya husband eira zainal yang settlekan dan hasil nya sangat menarik!!


Baju Mirzal


Baju Wawa


Baju Mikhael


Baju Hanan Conan 

Baju dak Hanan yang paling cantik printngnya!! serious, printing mahal untuk romper ni. sukaaaa...!!! warna gold yang memang cantik berkilat!
.
.
.

ONE DAY TO GO...!!
.
.
.

.
.
Special Thanks To Our Lovely Sponsors For This 3rd Event :
.
.
👉@allaboutprinting
👉@butikpenmerah
👉@wellnessmamahq
👉@beautee.my
👉@elementorganik
👉@cutencuddlyshop
👉🏻 @ylbydolceryna
👉 @dapurnanafarhana
👉 @sambalhitamciknaa
👉 @dunia_aura_by_shinawann





💜 YOUNG LIVING MALAYSIA 💜

Untuk Young Living pula. Aku bukak 2nd batch kutu Premium Starter Kit. 
So, PM aku untuk details ya 💗
📣📣📣 WHATSAPP 📣📣📣
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...